Tarikh dan tempat lahir Charlemagne

Charlemagne dianggap secara tradisi sebagai dilahirkan pada 2 April 742. Bagaimanapun, banyak faktor telah menyebabkan tarikh tersebut ditimbangkan semula. Pertamanya, tahun 742 dihitung berdasarkan umurnya ketika baginda mangkat, bukannya berdasarkan sumber-sumber utama. Selain itu, lagi satu tarikh lahir yang berbeza juga telah diberikan oleh Annales Petarienses, iaitu 1 April 747. Pada tahun itu, 1 April merupakan Hari Easter. Kelahiran seorang maharaja pada Hari Easter adalah satu kebetulan yang pasti menimbulkan ulasan, tetapi tidak terdapat sebarang ulasan yang didokumenkan pada tahun 747 dan oleh itu, sesetengah pengulas telah mengesyaki bahawa hari jadi pada Hari Easter tersebut hanya merupakan sebuah fiksyen suci yang direka-reka sebagai suatu cara untuk memberikan penghormatan kepada Maharaja. Pengulas-pengulas yang lain yang mempertimbangkan rekod-rekod utama telah mencadangkan bahawa tarikh kelahirannya adalah satu tahun lebih kemudian, iaiatu pada tahun 748.

Pada masa ini, tarikh lahir Charlemagne masih tidak dapat dipastikan. Tekaan-tekaan yang terbaik tentang tarikh dan tempat lahir termasuk 1 April 747, selepas 15 April 747, atau 1 April 748 di Herstal (tempat asal bapanya), sebuah kota yang terletak berhampiran dengan Liège di Belgium, kawasan yang kedua-dua keluarga Merovingian dan Carolingian berasal. Charlemagne ke Jupille untuk mendiami di vila bapanya ketika berumur sekitar tujuh tahun dan ini telah menyebabkan Jupille disenaraikan sebagai salah satu tempat lahirnya yang mungkin oleh hampir semua buku teks sejarah. Kota-kota lain yang dicadangkan termasuk Prüm, Düren, dan Aachen.

Rujukan

WikiPedia: Charlemagne http://www.bartleby.com/86/45.html http://www.britannica.com/eb/article-256627/Charle... http://www.datesofhistory.com/Charlamagne-I-the-Gr... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.myarmoury.com/feature_charlemagne.html http://www.thelatinlibrary.com/ein.html http://www8.informatik.uni-erlangen.de/cgi-bin/sto... http://www.fordham.edu/halsall/basis/einhard.html http://www.ac.wwu.edu/~stephan/Rulers/charlemagne.... http://www.reportret.info/gallery/charlemagne1.htm...